hati tengah gundah gulana..macam mana aku nak biasakan anak dengan botol susu..aku memang target nak breastfeed sampai 2tahun..dalam family pun so far tak de lagi yang BF anak selain makcik aku dulu..now sume pakai enfagrow formula milk alasan : berkerja.. aku pun selama ni duduk rumah so direct BF anak.tak ajar guna botol sebab perasaan bila menyusukan anak secara direct ni lain.hanya yang memahami sahaja tahu apa yang aku nak bagitau..huhu..perasaan kasih sayang tu menusuk jantung tak dapat nak digambarkan.bila penat macam mana hilang rasa penat bila tengok anak menyusu terus dari aku..dan aku lately ni bekalan susu tersangat la kurangnya..adakah sebab aku banyak berfikir..aku pun pening memikirkan nya baik aku minum susu banyak2 bagi tambah bekalan susu.mungkin badan penat sangat travel jauh.boleh jadi sebab ke?
tak lama lagi aku akan mula bekerja.aku sedih sangat akan berpisah dengan anak aku..nak cari baby sitter lagi..tolong kawan2..apakah korang pun penah berperasaan macam ni.aku tak nak kerja sebenarnya.cukup la dengan apa yang ada tapi kalau macam tu je tak berkembang la aku.apa2 pun aku bekerja untuk masa depan anak juga.next week mula training.ini bermakna aku ada masa tak sampai 1 minggu lagi..adusss..YA ALLAH bantu la hambamu ini..permudahkan segalanya..~amin~
so,botol jenis apa yang anak aku akan selesa bila guna supaya dia tak terasa shocked..AVENT bukan BPA free..dengan belum beli lagi pump..ni pun 1 aku tengah pening..which is the best dan berbaloi2..?medela,spectra,avent,etc..?tolong kawan2 bagitau..aku tengah survey..
aku tengah bersedih ni sebab tengah emosi memikirkan orang yang akan menjaga anak aku nanti macam mana la agaknya.ni hubby tengah war2kan kat area yang bakal aku duduk nanti..nak nangis..uwaaaaaaa.....
sayang..mama pegi kerja nak cari rezeki untuk kita..sayang mama jangan nakal2 ye..