Kebaikan sayur-sayuran tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan fitokimia).
Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara keseluruhannya. Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.
Serat diet yang terdapat dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak. Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik.Cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat semua khasiat sayur-sayuran adalah dengan memberikannya berbagai-bagai jenis sayur-sayuran. Jadi, pastikan makanan harian anak anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan sayuran berikut:
- Sayuran berdaun hijau, misalnya bayam, sawi, kailan, kangkong.
- Sayuran berbatang, misalnya celeri.
- Sayuran jenis akar, misalnya lobak.
- Sayuran jenis buah, misalnya tomato, terung.
- Sayuran kekacang, misalnya kacang buncis, kacang panjang.
- Sayuran jenis bunga, misalnya kobis, kubis bunga, brokoli.
Satu cara untuk memastikan anak anda suka sayur-sayuran adalah dengan memberi sayur-sayuran kepada mereka sejak kecil.
Ini boleh dilakukan semasa makanan pelengkap mula diberikan, iaitu dari umur empat hingga enam bulan ke atas. Inilah masanya anak anda diperkenalkan kepada pelbagai makanan separuh pejal. Jadi, sayur-sayuran yang diberikan itu haruslah dilumatkan atau dimasak sehingga lembut, dan diberikan satu hingga dua sudu teh setiap kali.
Membiasakan anak dengan rasa sayur-sayuran sejak usia muda dapat membantu mengurangkan kebarangkalian anak anda tidak suka akan sayur-sayuran semasa mereka membesar kelak.
Sekiranya anda baru saja hendak memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak yang berada di peringkat bertatih atau pra-sekolah, anda mungkin akan menghadapi masalah.
Anda tidak perlu berasa risau kerana masih belum terlambat. Anda hanya perlu terus memujuknya dengan sabar untuk mengambil sedikit sayuran setiap kali makan. Berikan jumlah yang kecil setiap kali.
Galakkan seisi keluarga untuk mengambil pelbagai sayur-sayuran. Tunjukkanlah kepada anak anda betapa anda menikmati sayuran itu, dan dia mungkin juga ingin mencuba.
- Menggoreng (dengan sedikit minyak), mencelur, mengukus atau masak dengan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan kehilangan nilai pemakanan, memelihara kerangupan dan kandungan air dalam kebanyakan sayur-sayuran.
- Untuk sayuran jenis akar, buatkan stew untuk mengurangkan masa memasak dan membantu mengeluarkan rasa dan nutrien terutamanya karoten.
- Membuat sup dengan sayuran seperti kobis, akar teratai, sawi, bayam dan buah kundur.
- Menghidangkan sayuran secara mentah, misalnya daun salad, lobak dan timun, sebagai snek yang berkhasiat - misalnya, kepilkan beberapa keping timun dan tomato dalam sandwic dan celupkan batang lobak atau timun dalam dadih.
- Sesetengah sayuran (terutamanya lobak putih dan lobak merah) boleh digunakan dalam kek dan makanan istimewa seperti popiah dan cucur sayur.Adalah baik untuk membabitkan anak anda dalam kerja penyediaannya yang mana mereka mungkin ingin menikmati usaha sendiri sehingga tidak sabar untuk merasainya.
Panduan mengenai sayur-sayuran
- Pilih sayuran berdaun dengan tekstur yang teguh dan warna yang cantik.
- Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.
- Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.
- Balut sayuran dengan kertas yang bersih dan kering sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bayam dan brokoli boleh tahan sehingga lima hari jika disimpan dalam bahagian penyimpan sayuran atau buah-buahan di peti sejuk. Kobis pula boleh disimpan lebih lama jika ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk.
- Sayuran mesti dibersihkan secara menyeluruh dengan beberapa kali tukaran air sebelum dimasak atau dimakan. Potong sayuran hanya selepas ia dibersihkan untuk mencegah kehilangan nutrien ke dalam air.
- Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik.
-anda boleh potong timun bentuk mancis dan jadikan snek.-tomato cherry(cold) juga anda celupkan didalam double boil chocolate.akan jadi seperti lollipop-celery dipotong 1-2cm dan berikan pencucuk makanan-pastikan tidak merbahaya dan dibawah penjagaan ibu bapa.-terung dipotong nipis,marinated dan bakar.jadikan chips..-epal dan buah-buahan lain dipotong dadu(baby size)-corn--steam/ bubur jagung/ corn in cup-steam broccoli/cauliflower and put cheese topping/dip
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment