Thursday, August 19, 2010

scary mary..

god...!!!!sangat takut i tau..naik cab tadi..lagi pun since kawen memang jarang naik cab..(erk..tak penah kot..boleh kira dengan jari) so today naik la cab sebab darurat..pegi HKL pagi tadi sebab clinic suruh refer HKL..okeh..dah sampai aku pegi la bahagian emergency..emergency suruh pegi kat kaunter pesakit luar.dah pegi kaunter pesakit luar .aku tercongok lame gak kat situ nak mendaftar.last2 time nak bayar "RM1" tu die cakap pegi klinik pakar bedah kat tingkat satu..ok..(full stop) aku sabar lagi..dah pegi klinik kat tingkat atas tu die tengok surat refer aku tu dia cakap "tak boleh ni..ni bukan kes kita..tengok ni dik.die tulis refer ti osp ke ape ntah..kita tak boleh terima.salah ni.." "dorang ni senang-senang je nak tolak kes bagi kita.malas betul" ni lah kata orang-orang tu.aku pun dengan relanya pegi semula ke kaunter pesakit luar.pastu menunggu kat bahagian klinik pesakit luar plak..dah tunggu tu tak sedar plak nombor aku dah dipanggil 20minit lalu..hehe..cepat jugak sevisnye..aku tanya missy no aku dah panggil ke.? die dengan muka kelat cakap" saya dah panggil tadi 10.40 awak pegi mana?" "saya tak dengar tadi" jawapan sengal tak? hehe.. dah tu tunggu dalam 15minit gak la baru aku masuk bilik jumpa doktor..doktor suh aku duduk..aku duduk la.than terus kuakan surat bagi docto baca..
doctor cakap awak ni special kes.patut terus refer klinik bedah kat tingkat satu tadi..toinkk....otak aku dah terbalik dah.kejap kata camgini.kejap kata camgitu..aiseh..apa kes ni?tapi aku tetap senyum..-kan sedekah..
die dah tulis sikit-sikit kat surat aku tuh aku pun terus ke tingkat satu balik..die cakap"ha..ni baru betul..sebab referer tu dah tukar..kalau nak sini kena tulis clinic pakar bedah..bukan osp" pasal tulisan je aku jadik keja dekat 2jam lebih..tak ke haru dibuatnye??
ok..tunggu punya tunggu..tau tak dorang buat ape???bukan cek aku ke hape..just bagi appoinment.mula2 bagi appoinment lepas raya..aku ni sengih je la..suma ok..pastu dia tanya la macam mana keadaan aku tuh.aku cite la and describe macam mana macam mana..then diorang gelabah terus squeeze in aku masuk appoinment selasa depan????!!! 24hb kot..bayangkan  hari khamis..jumaat..sabtu..ahad..isnin..selasa.. bape hari tu?? kalau sape ade penyakit semput ke nak tunggu dapat ubat komfem dah mampos..kalau kanser sure dah merebak banyak sket..tapi nak buat macam manakan..dah procedure mereka..ikut kan aje lah..aku cakap dengan nurse tu kalau dah baik tak nampak ape-ape tak payah la datang eh.die cakap..eh,datang jugak.kena cek..

------------------------------------------------fin--------------------------------------------


balik pun aku naik cab..tunggu..tapi tak tau kat mane tempat menunggu cab..punyalah sengal aku nih..nampak taxi lalu aku melambai-lambai je lah..dah la rabun tak pkai lens jadi aku main belasah je la.tak tengok drebar nye..dah masuk baru perasan drebar macam lain macam..aku tak sedap ati dah tapi rilek la lagi kan..aku minta stop kat titiwangsa..aku naik putra ke masjed jamek..tau tak dalam perjalanan tu drebar tu lock pintu aku?aku buka balik die lock balik.aku bukak balik dia lock balik and cakap"biarkan"..kepala hotak die aku nak biarkan..takut sangat aku..aku cakap kat die "dah la.bentikan saya kat tepi"---time tu kat atas jalan besar yang kereta berdesup-desup..kira kalau dia buat tak baik aku bukak pintu terjun terus aku jugak la rugi..tak pasal kena lenyek..syukur,allah sayangkan aku lagi..drebar tu macam bengang tengok aku dapat hidu perbuatan die..cewahh..ayat nak hebat aje dari karam singh walia.. kebetulan aku ade duit rm10 paling kecik..aku bagi dia..dia tanya takde duit kecik ke?aku cakap tak de.punyalah lama nak bagi baki tuh..ikut hati aku nak blah aje..sambil dia amik balance tuh mata aku merayau jugak tengok kot-kot die anu pisau kat aku..naye aku..time tu aku teringat anak aku je-(dihantar ke baby sitter) nak ambik nyawa aku pun tunggu la anak aku dah besar..cewahh..itu la dia seorang ibu..dah merapu dah aku ni..
kua dari teksi tu kan lutut aku gigil siot..nak nangis pun ade..kol hubby tak angkat.malas nak kol mak aku..dia tengah lawat orang sakit..jalan kaki beli tiket nak ke masjed jamek..hubby kol time dalam train.boleh die gelak??@@ hubby cakap"hidup susah sket dah gelabah" haah..banyak la lu gelabah..tu bukan gelabah lagi dah..kot bini lu kena sapu sape yang susah?dah la orang asyik ingat aku ni anak daghe..ehem.ehem..
time beli barang ke hape kalau aku pegang baju budak mesti tanya untuk sape..aku jawab la untuk anak..terdiam terus tak jadi kacau..tak tau ke aku ni dah beranak satu???dah cakap-cakap tuh tak perasan plak train dah lepas..tak ke pak kaduk aku ni..aku turun kat stesen bandaraya aku naik esklator belah sana tunggu semula nak ke masjed jamek..apa la hari  ni..sungguh bahagia aku..dah sampai masjed jamek aku ape lagi..rasa nak merayau plak..hehe..heaven woo jalan sorang-sorang.tak payah nak rush tengok barang..lame jugak la aku meerayau.ingat nak tengok brooch..nak beli kat opah,ibu,k.long,k.yani and seangkatan.tapi jauh bebeno la plak..tu pun aku merayau bape tempat je tengkuk aku dah berpeluh..habus basah..panassssssssssss..tak tahan aku..

sekian..cerita pengajaran di bulan ramadhan---baik-baik naik teksi tu..kalau boleh bawa la chili spray for safety

No comments:

Post a Comment