al-fatihah buat nendaku yang tercinta..semoga dia tenang disana..opah pergi meninggalkan kami semua pda 20 oct 2011 sesudahnya waktu asar..arwah meninggalkan 10 anak dan 40 lebih cucu dan 2cicit.. jasamu tetap kami kenang walaupun opah tiada tapi opah sentiasa dihati kitorg..
detik2 terakhir hidupnya....
awal oct lalu makcik aku gesa buat kenduri katanya jgn ditunggu opah sakit baru semua nak balik..kenduri ditetapkan pada 15oct(sabtu) tapi pada 13 0ct opah jatuh sakit...kaki tgn da sejuk n biru tapi dpt diselamtkan doc.katanya hypo..patutla 13 0ct tu mata kiri aku berkedip2.hati da rasa x sedap tgk2 opah da sakit..after dat lung infection pulak.sabtu aku balik.selalunya klu kenduri aku selesa berjeans tapi tak sangka kenduri kali ni besar-besaran..uncle aku order kek 10 bekas..ingt utk kami sedara mara kenyangkan perut rupa2nya 4khemah dibuka..aku rasa pelik..opah tak dapat kua ward sbb doc x bagi..dan kami bergilir2 lawat opah kat ward.seronok dia tengok gelagat cucu2nya n cicit2nya..ahad tu aku masak asam pedas ikan tenggiri.ingt nak bagi opah tapi dia makin tak lalu makan ikan besr.mau nya anak ikan yang comel2 tu pun setengah badan x habis..sedih aku tengok.dulunya opah suke makan(tu cucu2 dia sume kut mentedarah) ahad tu kitorg serbu ramai2 kat hospital..opah nampak letih dan lesu tapi dia kuatkan diri.dgn kudrat yang ada dia cuba duduk dibantu oleh cucu2nya..dibukanya oksigen di hidung.kitorg buntang mata tapi die kata lemas....sempat bergambar and makcik pakcik kata we all diva.hihihihi.... nak blik tu hujan petus petir guruh sambar menymbar....tiap hari akan aku ikuti update di column khas kitorg(private group) dan saban hari aku menitik air mata terkenang zaman betapa lincahnya opah melayan cucu2nya yang ramai dan gila..dan lately mg kitorg dok bualkan zaman kecik2 nostalgia semua...ada yang suka ada yang duka.sumanya buat kitorg masing2 tersengih...bayangkan tiap kali balik mau pecah rumahnya.buat sarapan x payah cerita..kuali besar mcm kawah yang nak kacau dodol tu.fevret opah dulu nasi goreng merah(kecik2 dulu aku benci nasi goreng ni) and mee hoon taucu(aku suke sgt!!) lontong ,roti canai opah tebar sendiri...milo kitorg kacau pekat2 pastu makan cicah roti.mabeless..opah sikit pun tak kesah(kadang2 kesah juga sbb habis berkecah dapoor die) opah kalau marah die ketap gigi(trademark keturunan sbb baik mak long smpai ke cucu..bila marah kompem mulut senget n ketap gigi) petang tu kitorg pergi rasa sayu sgt.ras tak mau balik.nak duduk rumah opah lama2...tapi masing2 dah besr.ade komitmen kerja dan mcm2...aku sempt bergambar bertiga-->aku,opah,haikal..hubby x balik sbb ada kerja..akyu balik saing kazen aku..
isnin berlalu.opah dikatakan semakin pulih...
selasa opah ok.
rabu subuh dikejutkan katanya opah kena heart attack...doc buat cpr ke ape ntah...opah ok balik..tapi terus ditukarkan ke ccu(betul ke?) aku mg x sedap hati sgt sbb tgh mop rmh mata kiri aku berkedip2 lagi.terus buka group n nampak gambar opah semakin teruk.ade satu gambar tu mukanya betu2 putih..hubby tengok katanya ni tak lama dah ni.aku tau tapi aku lawankan.aku tidakkan..aku kata opah akan baik..tapi jauh di hati ni aku tau opah semakin dekat dgn allah..
khamis pakcik aku kata bacaan semakin baik cuma bp rendah teramat sgt.heart beat ok..aku lega...aku dah kuarkan butter nak buat kkek marble(kegemaran opah lagi2 klu kaler pink+kuning+coklat) opah suke 3 warna..aku dah standby nak balik..aku tgk jam 4 lebih..azan asar baru habis.aku dpt msg dari pakcik(aku rapat dgn die) oph telah pergi meninggalkan kita buat selama2nya.aku kaku..terdiam n kelu.langsung aku kol makcik2 yang ada terus bersiap sedia balik kg..aku menangis..laju je air mata ni...teringat segala kenangan bersma opah.gaduh ade kelkar ade.sume ade..dulu sebelum kwen opah duduk dgn aku bila maid die balik.gemuk la die sbb seminggu mau 3kali aku buat kek.ade je menda aku buat..ingt lagi waktu aku kawen opah gemuk sgt smpai kena pantau makan dgn ibu aku.hehehe.opah suke pegi tesco.jusco n giant..aku sedih sbb hajat nak buat kek utk opah x kesampaian.... dalam perjalanan adik aku pulak accident tapi syukur tk melibatkan nyawa.die cume terlanggar motor di rest area sbb nak rehat kejap...keta die tarik sbb tayar pancit n trauma kot..dalam hujan lebat tu hubby aku yang selesaikan.rasa syukur dpt suami mcm ni...pastu pindah kketa sbb hubby nak selesaikan hal adik aku.aku balik dgn ibu..smpai dlm pukul 11..aku rasa mcm x percaya opah dah xde..rase mcm baru semlm je gelak ketawa dgn die...gigi opah cantik..muke die manis je tu yang atok aku terpikat..aku tengok sekujur tubuh di rumah atas...dulu kat situ la kitorg selau lari2..dung dang dung dang bunyi.ye la,kan rumah kayu.nnt pakcik aku dtg bawak rotan besr pastu kitorg sume terabur lari...aku tk nangis...aku cubit tangan aku harap ni hanyalah mimpi.aku buka selimut jenazah.ye.itu opah.opah yang selama ni cekal membesarkan anak2 selepas atok aku meninggal..aku pegi amil air sembahyang.aku mengaji..lepas tu aku cium opah.sejuk kulitnya.opah stroke dah 12 thn.seluruh kanannya lumpuh..aku pegang pipi die...tegang...opah nampak cantik dan berseri..terngiang2 opah panggil aku..dulu kalau aku cakap dgn opah,opah mesti pandang muka aku balas balik.tapi sekarang aku hanya nampak wajahnya yang diam seribu bahasa..aku turn semula...tunggu kepulangan saudra2 aku yang lain2...aku tak nak mkn..aku terbayang opah...kami mengaji tak henti2..bergilir2.sape yang penat dan mengantuk pergi rehat kejap sementara yang lain pula ambil alik.mlm tu haikal x tido langsung smpai pukul 8 pagi..
jumaat
mandi jenazah
aku turut serta dlm mandi jenazah.aku nk lihat opah but kali terakhir.ni pertama kali aku mandikan jenazah dan lihat jenah sedekat ni..penuh bilik tu..bersama 7anak perempuan opah dan cucu2 nya...teringat aku mandikan opah dulu..syukur semuanya berjalan dgn mudah.semua nya dipermudahkan allah.dikafankan..time nak tutup muka aku menitik air mata...maka terputuslah kita dgn org yang kita sayang,dgn dunia ini....tiade lgi opah dgn senyuman yang manis..lepas tu aku cari anak aku.die jalan dah terumbang ambing.mungkin mengantuk sgt tapi seronok sbb ramai org..aku cepat2 amik dia dan tidurkan die.tu pun bergaduh dgn die sbb die x nak tido...lps tido sepupu aku dtg kejutkn aku tanya'nak tak pegi kubur?' ku mstilah nak..mmglah perempuan x digalakkan ke kubur.boleh timbul fitnah/perkara yg x elok..time aku smpai hari redup je...opah dpt pling tepi jadi senang la nnt nak lawat.opah kira 1st dalam row tu sbb tmpt lain sume da penuh..time kambus tanah aku mcm terngiang2 opah panggil..imam hassan baca talkin..aku menangis tapi cpt2 aku lap air mata ni.terseksa opah..semoga opah tenang disana...berjumpalah tokmad yang telah pergi meninggalkan opah 35tahun lalu...dah 10 hari opah pergi...
opah cakap pada pakcik aku dia gembira sgt cucu2 semua berkumpul ahad tu(minggu terakhir dia)
raya 1st haritu opah cakap kt aku " tahun depan aku ada lagi ke tak" dan tak dinafikan raya tahun ni sgt meriah
opah mmg da pesan pada cucu2nya(yang kecik2) selalu sedekah al-fatihah untuk dia..
opah pergi dgn tenang.terpacar cahaya dimukanya.baynak hajat dpt ditunaikan semasa hayatnya...